Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ninebot Mecha Kit M1 Merealisasikan Idaman Mengawal Robot Seakan Sains Fiksyen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ninebot Mecha Kit M1 Merealisasikan Idaman Mengawal Robot Seakan Sains Fiksyen


Ninebot sedia terkenal sebagai syarikat yang menawarkan produk seperti skuter elektrik, skuter swaimbang atau juga menjadi maharaja sementara dengan Singgahsana Segway mereka. Antara produk mereka yang popular adalah Ninebot Self-balancing Scooter, kerana ia boleh berubah menjadi Go Kart dan bukan sahaja digunakan sebagai skuter elektrik sahaja.

Terkini Ninebot hadir dengan Mecha Kit M1 pula. Ia adalah kit pasang sendiri untuk mengubah skuter swaimbang Ninebot menjadi kerusi dengan alat kawalan seakan mengawal robot dalam filem sains fiksyen. Di tempat letak tangan ada dua alat kawalan untuk bergerak ke hadapan/belakang dan juga kiri/kanan. Ia turut mempunyai pelancar bom air yang hadir dalam mod letusan atau juga strafing. Pilihan tema warna putih/hitam/merah adalah sesuai sekali dan padan dengan tema robot futuristik.

Ninebot turut menawarkan kawalan melalui aplikasi yang mana boleh menggunakan alat kawalan ini untuk mengawal permua ringkas. Kit ini akan mengambil masa sekitar 5 minit sahaja untuk pemasangan. Sayang sekali, ia terhad untuk pengguna berusia 14 tahun dan ke bawah sahaja. Harga jualan adalah RMB 1,399 iaitu sekitar RM869.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.