Hi! Welcome Back and Stay Tune! XDA Hadir Dengan Telefon Pintar F(x)tec Pro1-X – Dijana Snapdragon 835, Mempunyai Papan Kekunci Fizikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

XDA Hadir Dengan Telefon Pintar F(x)tec Pro1-X – Dijana Snapdragon 835, Mempunyai Papan Kekunci Fizikal


F(x)tec adalah telefon pintar yang dilancarkan pada tahun 2019. Ia adalah sebuah peranti yang ketinggalan zaman cuba hidup di zaman moden. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 835, mempunyai papan kekunci fizikal boleh luncur, skrin 5.99-inci AMOLED, Kamera utama 12+5 Megapixel dan kamera swafoto 8 Megapixel. Ia juga mempunyai kapasiti bateri yang kecil, iaitu 3,200mAh.

Terkini peranti ini muncul sekali lagi, tetapi dengan kerjasama dari XDA. Pihak XDA telah melancarkan peranti ini sebagai F(x)tec Pro1-X dan merupakan sebuah peranti dengan sokongan komuniti pembangun-pembangun. Ini akan mengimbau kenangan seakan zaman peranti Nexus dan OnePlus One. Secara keseluruhan, spesifikasi adalah sama kecuali ia kini mempunyai variasi 8/256 GB berbanding sebelum ini 6/128 GB sahaja. Bukan itu sahaja, panel belakang peranti turut mempunyai logo XDA dan menggunakan tema warna biru.

Menariknya, peranti ini dijual dengan dua pilihan sistem operasi sama ada Ubuntu atau Android. Untukl Ubuntu, XDA menawarkan sokongan Ubuntu Touch dengan HDMI yang boleh digunakan untuk siarkan skrin peranti ke paparan lain dan mengubah peranti menjadi pad sesentuh. Ia akan merealisasikan peminat Ubuntu Phone. Pilihan kedua adalah custom ROM LineageOS 16 yang boleh dikemaskini kepada LineageOS 17.1. Pengguna yang sensitif terhadap privasi dan sekuriti boleh bermain-main dengan kebolehan dalam sistem operasi ini. Ia adalah pengganti kepada CyanogenMod yang popular di suatu masa dahulu.

Cuma, masalah dengan peranti dengan spesifikasi kuno ini adalah – ia dijual pada harga $899 iaitu sekitar RM3,745. Setiap pembelian peranti pula hanya akan diterima bermula Mac 2021.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.