Pelancaran OnePlus Watch Dilaporkan Mungkin Ditangguh
Berita mengenai jam tangan daripada OnePlus telah mula kedengaran kedengaran sejak sekian lama. Kemudian, ia seakan memberi bayangan bakal menjadi realiti selepas ditemui tersenarai di laman IMDA Singapura, tempoh hari. Sekaligus, berkemungkinan akan dilancarkan pada tahun ini.
Bagaimanapun, ia nampaknya mungkin tidak akan berlaku sejurus terdapat laporan terbaru yang mendakwa pelancarannya berkemungkinan besar akan ditangguhkan. Menurut sumber, tiada sebarang tarikh baharu yang dikongsi dan pada masa ini tidak diketahui mengapa pelancaran tersebut ditangguhkan. Tetapi, sumber berkata ia mungkin disebabkan terdapat beberapa masalah dengan pembangunan untuk pengeluaran atau mungkin perisian.
Namun begitu, ia masih di peringkat spekulasi semata-mata. Setakat ini, pihak OnePlus masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan tersebut.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment