Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ganjaran RM5,000 untuk maklumat tangkap pencemar Sungai Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ganjaran RM5,000 untuk maklumat tangkap pencemar Sungai Selangor


 

Loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas tengah hari semalam akibat pencemaran bau yang menyebabkan gangguan bekalan air mulai 6 petang Selasa. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air menawarkan ganjaran RM5,000 kepada individu dapat menyalurkan maklumat serta bukti sehingga tertangkapnya pihak mencemarkan sumber air mentah di Sungai Selangor yang menjadi punca gangguan bekalan air.

Menterinya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan melalui e-mel pro@kasa.gov.my atau hotline Jabatan Alam Sekitar (JAS) 1-800- 88-2727.

“Ganjaran diberikan selaras komitmen berterusan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang akan menyediakan peruntukan khas kepada mana-mana (pihak) yang dapat menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang, termasuk isu pencemaran sungai.

“Saya memandang serius perkara ini kerana 7 insiden henti tugas loji rawatan air di Selangor akibat pencemaran sungai pada tahun ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ekoran itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausahanya, Zaini Ujang segera ke beberapa lokasi tapak di sekitar Taman Velox, Rawang yang disyaki menjadi punca pencemaran.

Beliau berkata, lawatan itu turut disertai Ketua Pengarah JAS, Norlin Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK), Narendran Maniam dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ahmad Faizal Abdul Rahman.

“Berdasarkan siasatan awal didapati pencemaran berpunca daripada efluen industri daripada pelbagai sumber industri kecil dan sederhana di Taman Velox dan kawasan persekitarannya, iaitu Kawasan Industri Kecil Sungai Bakau dan Taman Perindustrian Teknologi Rawang.

“Sebahagian efluen industri yang berbau ini masuk ke dalam longkang dan sebahagian lagi dilepaskan secara haram ke dalam sistem pembetungan, di mana efluen industri ini seterusnya mengganggu tugas loji rawatan kumbahan yang dioperasi IWK di Taman Velox.”

Katanya, siasatan akan terus dijalankan penguat kuasa JAS, IWK, SPAN, polis, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor dan kerajaan negeri sehingga punca pencemaran serta penjenayah alam sekitar itu dikenal pasti.

Empat loji rawatan air, iaitu Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas tengah hari semalam akibat pencemaran bau yang menyebabkan gangguan bekalan air mulai 6 petang Selasa.

Gangguan bekalan air itu menjejaskan 1,139,008 akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.