Kamera Utama Google Pixel 4a Menerima Skor DxoMark Sebanyak 111 Mata
Google Pixel 4a telah diperkenalkan secara rasmi sekitar bulan Ogos lalu dengan penawaran spesifikasi pertengahan. Ia termasuklah sokongan kamera belakang tunggal sebesar 12.2-Megapixel (f/1.7). DxoMark kini telah mengeluarkan laporan penanda aras baharu untuk keupayaan kamera utama pada peranti ini. Ia memperlihatkan Google Pixel 4a berjaya menerima skor sebanyak 111 mata untuk markah keseluruhan.
Ia menunjukkan keupayaannya adalah setanding dengan Huawei Mate 20X, tetapi ketinggalan dua anak tangga di belakang Huawei P40. Melalui kutipan tadi, Google Pixel 4a mencatatkan sebanyak 122 mata untuk kemampuan fotografi, 34 mata untuk kemampuan zum dan 98 mata pula untuk kemampuan video.
Pujian diberikan kepada fungsi autofokus yang pantas (kecuali untuk zum), pendedahan yang tepat dengan sistem imbangan putih seimbang dan kawalan hingar yang minima. Kritikan pula diberikan kepada julat dinamik yang terhad, butiran pada imej agak kurang baik dalam kebanyakan situasi, bokeh kurang memuaskan dan julat dinamik yang terhad.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment