Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis buka kertas siasatan kes pencemaran air Sungai Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis buka kertas siasatan kes pencemaran air Sungai Selangor


 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat sehingga tindakan yang dilakukan akan memutuskan bekalan air. (Gambar Facebook LUAS)

KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran air yang dikesan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, dan 3, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata polis menerima satu laporan kejadian itu daripada pegawai penguat kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 3 petang semalam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat sehingga tindakan yang dilakukan akan memutuskan bekalan air untuk tujuan pertanian, makanan atau minuman kepada manusia dan haiwan atau dalam menjalankan sebarang pengeluaran.

“Siasatan awal LUAS mendapati air di loji disyaki mengandungi bahan solvent hingga ke tahap 8 TON. Ekoran itu, bekalan air terpaksa ditutup hingga kerja pembersihan selesai,” katanya.

Terdahulu, pencemaran air dilaporkan berlaku di LRA berkenaan menyebabkan ia dihenti tugas pada 12.45 tengah hari mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang.

Turut dilaporkan, gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mulai 6 petang Selasa. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.