Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amerika Syarikat Tidak Melanjutkan Tarikh Jualan TikTok Tetapi Perbincangan Diteruskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amerika Syarikat Tidak Melanjutkan Tarikh Jualan TikTok Tetapi Perbincangan Diteruskan


Amerika Syarikat memberikan Bytedance tempoh sehingga semalam untuk menjual TikTok atas sebab risiko keselamatan negara. Ini ialah tarikh ketiga lanjutan diberikan selepas tarikh asal tamat pada 15 September lalu. Tetapi menurut laporan Reuters, pentadbiran Trump tidak akan memberikan lagi sebarang lanjutan.

Sungguhpun begitu mereka tidak akan memaksa penjualan syarikat seperti yang dijanjikan oleh Presiden Trump. Sebaliknya Bytedance akan meneruskan perbincangan dengan pentadbiran Trump untuk mencari penyelesaian kepada isu ini.

Terdapat beberapa laporan mengatakan Bytedance memberikan beberapa usul baharu pembentukan perniagaan baharu TikTok Global dengan kerjasama Walmart dan Oracle yang akan memenuhi keperluan Amerika Syarikat serta pemegang saham.

Perjanjian asal yang dipersetujui tiga syarikat ini tidak menerima restu Beijing dan Washington menyebabkan sehingga kini syarikat tidak dijual. Trump telahpun kalah dalam pilihanraya presiden tetapi sehingga kini tidak mengakui kemenangan Joe Biden. Taktik TikTok untuk melengahkan masa nampaknya menunjukkan hasil kerana kini beliau nampak kehilangan taring untuk meneruskan perang perdagangan ke atas China.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.