iPhone 11 Anda Menghadapi Masalah Skrin Sentuh? Apple Kini Melancarkan Program Gantian Untuknya
Apple kini mengumumkan mereka telah mendapati sejumlah kecil skrin paparan pada iPhone 11 yang tidak beroperasi dengan baik, disebabkan oleh masalah dengan modul melibatkan paparan. Masalah ini dilihat hadir untuk iPhone 11 yang telah dikeluarkan antara November 2019 dan Mei 2020 lepas.
Selari dengannya, kini Apple telah melancarkan program baik-pulih untuk iPhone 11 yang terkesan. Bagi anda yang merasakan iPhone 11 anda menghadapi masalah dengan skrin, boleh melakukan semakan melalui laman khusus yang disediakan oleh Apple hari ini, dan melihat sama ada model peranti anda tersenarai dibawah program gantian ini atau sebaliknya.
Pada laman khusus berkenaan, anda akan perlu masukkan nombor siri iPhone 11 anda. Sekiranya iPhone 11 anda tersenarai dibawah program gantian ini, anda boleh membawanya ke pusat khidmat terdekat, dan membaik-pulih peranti anda.
Apple turut menekankan yang mana program gantian ini akan diterhadkan kepada negara atau rantau yang anda membelinya. Program jaminan antarabangsa tidak tertakluk kepada liputan jaminan standard iPhone.
Semak : Gantian Modul Paparan Untuk iPhone 11
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment