Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nanas jadi tanaman ‘hiasan’ balai bomba KK, indah landskap sambil tunggu hasil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nanas jadi tanaman ‘hiasan’ balai bomba KK, indah landskap sambil tunggu hasil


 

Tanah lapang yang luas itu merupakan bekas tapak kuarters sebelum ini dirobohkan dipenuhi dengan tanaman nanas.

KOTA KINABALU: Mengindahkan lanskap dengan pelbagai jenis bunga dan pokok mungkin menjadi kebiasaan bagi jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai halaman di pejabat.

Bagaimanapun, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menampilkan sedikit kelainan apabila memilih nanas sebagai tanaman bagi mengisi kawasan tanah lapang mereka.

Selain nanas, buah betik turut menjadi pilihan balai berkenaan untuk dijadikan tanaman di kawasan itu.

Ketua BBP Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, cetusan idea untuk menanam nanas dan betik di situ datang secara bersama dari pegawai dan anggota terbabit.

”Sebelum ini iaitu ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali pertama pada Mac lalu, kami ada juga menanam jagung tetapi hasilnya sudah habis kami makan.

”Selepas jagung, kami memilih tanaman yang lama sedikit (membuahkan hasil) iaitu nanas dan betik, lagi pun bentuk tanaman dua jenis buah ini lebih cantik.

Pihak BBP Kota Kinabalu turut menanam nanas di sekeliling balai itu bagi mencantikkan lagi persekitaran kawasan terbabit.

”Kami mula menanam nanas dan betik ini sejak September lalu iaitu kira-kira 150 nanas dan 50 betik,” katanya kepada FMT.

Ordine berkata, antara sebab mereka menanam tanaman yang membuahkan hasil adalah kerana balai itu mempunyai kawasan lapang yang sangat luas.

”Selepas kuarters anggota bomba yang terletak bersebelahan balai dirobohkan, kami mempunyai kawasan tanah lapang yang sangat luas selain beberapa kawasan lapang di sekitar balai.

”Daripada kami perlu meracun serta memotong rumput setiap minggu lebih baik kami menanam sesuatu yang membuahkan hasil.

”Di samping menunggu hasilnya yang akan dibahagi-bahagi dalam kalangan kakitangan, tanaman nanas ini juga menjadikan kawasan balai lebih cantik dan menarik,” katanya.

Beliau berkata, benih tanaman nanas dan betik itu dibeli oleh mereka selepas mengumpul wang daripada pegawai dan anggota di situ.

”Usaha ini juga salah satu cara kami untuk menyahut seruan kerajaan terutama di waktu PKP ini kerana balai juga perlu ‘survive” selain merealisasikan konsep pertanian dalam bandar,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.