TUDM terbangkan 2 bayi pesakit jantung ke IJN
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa dua bayi lelaki mengalami masalah jantung dari Kota Kinabalu ke Pengkalan Udara Subang hari ini.
TUDM dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua bayi berkenaan berusia satu dan dua bulan yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pembedahan segera dan rawatan lanjut.
Bayi berusia satu bulan dikenali Raava Whilby Renold mengalami masalah malformasi injap dan jantung manakala bayi berusia dua bulan Haiyan Ali Mohd Aliff mengalami masalah jantung berlubang dengan malformasi pembuluh darah besar.
Menurut TUDM, kedua-dua bayi yang ditemani ibu masing-masing dan seorang pegawai perubatan serta jururawat diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut C130H daripada No 20 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.
“Pesawat berlepas dari Kota Kinabalu pada 3.14 petang dan tiba di Pangkalan Udara Subang pada 6.27 petang. Selain itu, pesawat turut membawa sampel ujian Covid-19 dari Kota Kinabalu bagi pelaksanaan ujian pengesahan di makmal di Semenanjung,” menurut kenyataan itu. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment