Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei P40 Mula Menerima Kemaskini Stabil EMUI 11 – Tetapi Masih Lagi Android 10 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei P40 Mula Menerima Kemaskini Stabil EMUI 11 – Tetapi Masih Lagi Android 10


Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro Plus adalah peranti-peranti mercu Huawei yang “baru” yang anda boleh miliki sekarang. Huawei Mate 40 Pro hanya tersenarai di SIRIM dan masih belum ada berita mengenai tarikh jualan dan harga lagi. Bagi mereka yang memiliki siri Huawei P40, kemaskini yang anda nanti-nantikan sudah mula diedarkan.

Baru-baru ini, Huawei mula mengedarkan kemaskini EMUI 11 stabil untuk pengguna global selepas lebih sebulan pengguna di China menerimanya. Buat masa ini, kemaskini ini dilihat diedarkan secara berperingkat lagi dan mungkin mengambil masa sehingga dua bulan untuk tiba ke semua pengguna. Pengguna Huawei Mate 30 Pro sudah pun mula menerima kemaskini ini pada bulan lepas.

Kemaskini EMUI 11 masih lagi berasaskan Android 10. Versi Android 11 dilihat hanya ditawarkan di China terlebih dahulu dan itu pun versi beta. EMUI 11 membawakan banyak kemaskini visual, seperti ikon-ikon yang lebih hidup, sokongan AOD yang lebih baik, serta animasi yang lebih lancar. EMUI 11 juga mungkin kemaskini terakhir Android untuk peranti-peranti Huawei terpilih, sebelum peralihan kepada Harmony OS tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.