Hi! Welcome Back and Stay Tune! Legion Y9000X 2021 Dan R9000X 2021 Dilancarkan – Komputer Riba Gaming Terkini Daripada Lenovo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Legion Y9000X 2021 Dan R9000X 2021 Dilancarkan – Komputer Riba Gaming Terkini Daripada Lenovo


Lenovo kini melancarkan dua lagi komputer riba terkini yang memfokuskan kepada permainan menerusi pengenalan Legion Y9000X 2021 dan Legion R9000X 2021. Kedua-dua telah dilancarkan secara rasmi di China dan dikatakan berkongsi spesifikasi dalaman yang sama.

Namun begitu, apa yang membezakan antara kedua-dua komputer riba ini terletak pada penggunaan pemprosesnya. Di mana, Legion Y9000X 2021 menggunakan pemproses lapan teras Intel Core i7-10875H. Sementara, Legion R9000X 2021 pula dilengkapi cip pemproses AMD Ryzen 7 4800H.

Untuk spesifikasi, Legion Y9000X 2021 dan Legion R9000X 2021 membawakan paparan bersaiz 15.6-inci IPS LCD dengan kadar segar semula tinggi 144Hz dan masa respon 5ms. Paparan ini turut dilengkapi sokongan ciri tambahan seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 100%, Dolby Vision dan DC Dimming.

Seterusnya, kedua-duanya juga digabungkan dipadankan dengan grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q, memori 16GB RAM dan dan storan 512GB SSD. Selain, turut dilengkapi sistem penyejukan TSI Frost Blade Pro untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Melengkapinya juga adalah bateri 71Wh dengan sokongan pengecas sehingga 230W dan menyokong pengecasan pantas 100W.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.