Hi! Welcome Back and Stay Tune! Poco F2 Pro Turut Mula Menerima Kemaskini Android 11 Stabil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Poco F2 Pro Turut Mula Menerima Kemaskini Android 11 Stabil


Poco F2 Pro adalah antara pembunuh peranti mercu yang tiba ke pasaran tempatan tahun ini. Peranti ini adalah peranti mercu yang menggantikan Poco F1 pada dua tahun lepas. Ia juga adalah sebuah Redmi K30 Pro yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 865, skrin AMOLED 60Hz, kamera 64MP dan dijual pada harga yang amat mampu milik. Harga jualan terkini boleh mencapai serendah sekitar RM1500.

Terkini, peranti ini mula menerima kemaskini Android 11 yang stabil. Disebabkan Xiaomi masih belum mengumumkan lagi MIUI 13, peranti masih kekal dengan MIUI 12. Segala fungsi dan ciri masih lagi sama dengan hanya sedikit perubahan. Kemaskini yang diedarkan ini dilihat adalah versi 12.2.1.0.RJKMIXM dengan saiz muat turun mencapai 3GB. Beberapa ciri Android 11 turut disertakan sekali. Bagi yang ingin kemaskini, boleh semak tetapan sistem dan semak untuk melihat ada atau tidak kemaskini secara OTA diberikan. Jika tidak anda boleh nantikan sahaja atau kemaskini secara manual dari laman web ini.

Berikut adalah senarai log perubahan yang disenaraikan untuk kemaskini ini;

Sistem

  • Sistem kini Android 11

Kamera

  • 3 tera air kecerdasan buatan baharu
  • Templat vlog baharu
  • Vlog yang dirakam kini boleh disimpan sebagai draf
  • Semua templat vlog dan preset kini disimpan di awanan dan perlu dimuat turun

Baca Ulasan Poco F2 Pro Kami Di Sini



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.