Hi! Welcome Back and Stay Tune! MP Tawau tak sertai undi belah bahagi kerana di Sabah atas urusan keluarga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MP Tawau tak sertai undi belah bahagi kerana di Sabah atas urusan keluarga


 

Christina Liew antara ahli Parlimen pembangkang dari Sabah yang tiada dalam Dewan Rakyat ketika undian belah bahagi dijalankan untuk meluluskan peruntukan buat Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan semalam.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tawau, Christina Liew antara wakil rakyat yang tiada di Dewan Rakyat ketika undian belah bahagi untuk meluluskan peruntukan 2 kementerian semalam kerana beliau berada di Sabah atas urusan keluarga.

Katanya, seorang ahli keluarganya di Kota Kinabalu perlu menjalani pembedahan kerana mengalami masalah kesihatan.

“Saya berada di Kuala Lumpur selama 3 minggu. Dua minggu menjalani kuarantin dan menghadiri sidang Parlimen selama seminggu.

“Khamis lalu adalah kali terakhir saya menghadiri sidang Parlimen sebelum terpaksa kembali ke Kota Kinabalu untuk beberapa hari kerana urusan keluarga. Saya akan kembali lagi (ke Kuala Lumpur) minggu depan,” katanya ketika dihubungi FMT semalam.

Ketua PKR Sabah itu antara ahli Parlimen pembangkang dari Sabah yang tiada dalam Dewan Rakyat semalam ketika undian belah bahagi dijalankan untuk meluluskan peruntukan 2 kementerian.

Semalam, pembangkang gagal dalam 2 undian belah bahagi untuk menolak peruntukan Belanjawan 2021 buat Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan selepas dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Peruntukan untuk JPM diluluskan dengan 105 menyokong, 95 tidak setuju dan 20 ahli Parlimen tidak hadir, manakala 107 menyokong, 95 tidak setuju serta 18 orang tidak hadir ketika undian belah bahagi diadakan untuk peruntukan Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan diperuntukkan RM35.1 bilion dalam Belanjawan 2021, iaitu RM20.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM14.1 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.