Aplikasi Parler Ditarik Dari Google Play Store Dan Apple App Store
Parler ialah aplikasi seakan Twitter yang menjadi pilihan pengguna yang inginkan perbezaan dan bebas dari kekangan platform lain. Kepopularannya meningkat selepas beberapa individu berfahaman sayap kiri Donald di Amerika Syarikat seperti Donald Trump diharamkan dari platform lain.
Semalam Google telah menarik aplikasi ini dari Play Store dan Apple pula memberikan pembangun 24 jam untuk memperkenalkan sistem moderasi kandungan yang dilihat boleh mengancam nyawa. Semalam jumlah muat turun Parler melonjak ke tangga pertama App Store di Amerika Syarikat kerana permintaan yang tinggi. Pagi ini kedua-dua gedung atas talian telah menarik Parler dari boleh dimuat turun pengguna.
Sejak 24 jam yang lalu, Parler dilihat menjadi platform untuk penyokong Trump untuk berbincang cara terbaik untuk menggagalkan pelantikan Joe Biden sebagai Presiden pada 20 Januari. Pengguna Parler juga secara terbuka menghasilkan senarai siapa yang perlu dibunuh kerana didakwa adalah pengkhianat negara.
Selepas bertahun menutup sebelah mata dengan tindakan pengguna yang jelas melanggar terma dan syarat laman, tindakan diambil selepas ia menggugat keselamatan Amerika Syarikat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment