Hi! Welcome Back and Stay Tune! SKMM : Denda Sehingga RM500k Jika Menggunakan “Booster” Atau “Repeater” Selular Tidak Patuh Piawaian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SKMM : Denda Sehingga RM500k Jika Menggunakan “Booster” Atau “Repeater” Selular Tidak Patuh Piawaian


SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini memaklukan yang mana mereka mmengesan peningkatan kes gangguan spektrum yang melibatkan penggunaan Booster atau Repeater Selular (CBR) yang tidak mematuhi piawaian.

Untuk makluman, penggunaan alatan CBR ini ditawarkan dengan janji untuk meningkatkan kekuatan isyarat daripada stesen pemancar, dan juga peranti mudah-alih seperti telefon.

Apa pun, penggunaan alatan CBR yang berleluasa dan tidak teratur ini membawa kepada gangguan terhadap kualiti rangkaian selular dan jalur lebar mudah-alih.

SKMM mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli sebarang alatan CBR daripada sumber tidak berdaftar, dan hanya mendapatkannya daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular yang sah sahaja.

Kegagalan mematuhi garis panduan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi anda yang mengetahui lanjut berkenaan ini, boleh merujuk Garis Panduan Bagi Tujuan Membeli, Menggunakan dan Memiliki Booster atau Repeater Selular yang baru diterbitkan SKMM ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.