Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gelang Tangan Pintar OnePlus Mula Diacah, Pengenalan Dijangka Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gelang Tangan Pintar OnePlus Mula Diacah, Pengenalan Dijangka Tidak Lama Lagi


Sedia maklum, OnePlus sebelum ini dikatakan dalam perancangan untuk hadir dengan gelang tangan pintar mereka sendiri. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai nama peranti. Tetapi, desas-desus mengatakan ia mungkin dilancarkan sebagai OnePlus Band. Lebih mengujakan, kewujudannya kini telah mula diacah oleh pihak OnePlus menerusi laman web rasmi dan juga Amazon.

Ia bagaimanapun, tidak mendedahkan sebarang spesifikasi pada peranti. Sebaliknya, hanya memperlihatkan sedikit bayangan mengenai peranti menerusi satu poster. Ia dilihat menawarkan rekaan bujur seumpama sejumlah gelang tangan pintar daripada Xiaomi. Namun begitu, masih tidak diketahui sama ada ia bakal hadir dengan skrin berwarna atau sebaliknya. Tetapi, jelas kelihatan ia akan menyertakan penjenamaan ‘OnePlus’ pada muka gelang tangan tersebut.

Buat masa ini, setakat ini sahaja maklumat berkaitan peranti yang diperoleh. Kita mungkin akan mendengar dengan lebih lanjut dalam masa terdekat ini termasuk berkaitan tarikh pelancarannya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.