Markah Penanda Aras Snapdragon 888 Pada Mi 11 Lebih Rendah Berbanding Apple A14
Xiaomi Mi 11 telah dilancarkan minggu lalu sekaligus menjadikannya peranti terawal dengan cip Snapdragon 888. Sebagai cip paling mercu ditawarkan untuk Android setakat ini, ramai berharap ia akhirnya dapat mengalahkan Apple A14 Bionic sebagai cip paling berkuasa. Tetapi berdasarkan ujian awal yang dilakukan pada Mi 11, ia mungkin tidak berlaku. Di bawah ialah markah yang telah dimuatnaik ke laman Weibo sebelum dikumpulkan oleh saluran Golden Reviewer.
Ujian popular Geekbench 5, GFXBench dan, AnTutu masih menunjukkan A14 Bionic mempunyai beberapa kelebihan. Bermula dengan Geekbench terlebih dahulu, Snapdragon 888 mencatatkan 1140/3724 markah. Masih di belakang 1600/4060 markah yang dicatatkan A14 Bionic.
Dalam GFXBench pula Snapdragon 888 mencatatkan 73/123/175 markah dalam 3 ujian yang dijalankan. Sekali lagi belakang A14 Bionic dengan 91.5/145.4/209 markah. Seterusnya ialah Antutu dan Snapdragon 888 mencatatkan 710,881 markah yang lebih tinggi berbanding 667,807 markah oleh Apple 14. Namun begitu terdapat kerisauan suhu pemproses meningkat sehingga 12 darjah ketika ujian dan bateri turut 4% secara mendadak.
Terdapat spekulasi markah yang lebih tinggi mungkin boleh dicatatkan sekiranya Mi 11 mempunyai sistem penyejukan lebih baik dan dioptimasi dengan betul. Dengan lebih banyak peranti bakal menggunakan Snapdragon 888 dalam masa terdekat, masih terdapat peluang untuk cip ini mencabar A14 Bionic. Sekiranya tidak harapan pengguna Android kini terletak pada Exynos 2100 sahaja.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment