Kerangka Dengan S Pen Untuk Samsung Galaxy S21 Ultra Tertiris
Bukan lagi rahsia bahawa Samsung Galaxy S21 akan menyokong stylus S Pen seperti siri Galaxy Note. Ini telahpun disahkan menerusi beberapa pensijilan yang telah dilepasi sebelum ini. Hari ini rekaan kerangka khas untuk S21 Ultra dengan S Pen terbina akhirnya tertiris.
Dapat dilihat pada bahagian kiri tubuh kerangka terdapat tempat simpanan S Pen. Pada bahagian penutup pula terdapat tingkap yang cukup besar untuk memaparkan skrin Edge Sense dan dapat juga dilihat kotak empat segi yang mungkin boleh membenarkan peranti dinyahkunci tanpa penutup dibuka terlebih dahulu. Rekaan S Pen juga berbeza dari Note dan lebih mirip yang digunakan pada Tab S7.
Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra akan dilancarkan pada 14 Januari hadapan dengan penjualan di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat. Disamping itu TWS Galaxy Buds Pro dan penjejak objek Galaxy SmartTag turut dipercayai akan dilancarkan serentak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment