Imej Pengolokan Moto G Stylus 2021 Tertiris Ke Arena Web
Moto G Stylus 2021 dijangka menjadi peranti dengan stylus terbinan yang seterusnya daripada jenama ini. Jika sebelum ini spesifikasi peranti dikatakan telah tertiris. Terkini, imej pengolokan peranti pula diperlihatkan. Imej pengolokan ini diperoleh daripada perkongsian @OnLeaks. Namun, belum diketahui sama ada Motorola akan menggunakan sepenuhnya pada produk akhir atau sebaliknya.
Menurut sumber, panel hadapan dilengkapi rekaan berlubang kecil dengan paparan jenis rata – skrinnya dikatakan berukuran 6.8-inci. Seterusnya, peranti ini mungkin dilengkapi kuad-kamera utama yang disusun dalam modul kamera berbentuk segi empat. Selain, terdapatnya sokongan LED Flash dalam bentuk memanjang.
Turut kelihatan, panel belakang peranti terdapatnya pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat. Akhir sekali, sama seperti namanya sokongan stylus terbina turut hadir pada peranti ini – yang mana dletakkan pada bahagian bawah peranti bersama-sama sambungan port pengecas dan bicu audio 3.5mm.
Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang dikongsi berkaitan peranti. Ia bagaimanapun dipercayai hadir dengan cip Snapdragon 675, memori 4GB RAM, storan 128GB, lensa utama 48-Megapixel dan kamera hadapan 16-Megapixel.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment