Jangan Naik-Taraf Xiaomi Mi A3 Ke Android 11 Buat Masa Ini – Membuatkan Telefon Gagal Berfungsi
Xiaomi dilihat telah pun mula menawarkan kemaskini Android 11 kepada sejumlah pengguna Xiaomi Mi A3 – iaitu salah satu telefon berasaskan Android One di pasaran. Walaupun penawaran kemaskini ini semestinya disukai ramai, namun, apa yang menjadi masalah kini adalah ia didapati kemaskini terbaru ini membuatkan telefon gagal berfungsi selepas dinaik-taraf.
Melalui aduan ramai pengguna, selepas proses memuat-turun dan memasang sistem operasi Android 11, apabila peranti dimulakan semula, ia gagal untuk beroperasi.
Buat masa ini, pengguna dinasihatkan untuk tidak menaik-taraf sekiranya menerima kemaskini Android 11 ini pada Xiaomi Mi A3 masing-masing.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment