Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelanggan Astro Tidak Lagi Boleh Mengakses Saluran Disney Channel, Disney XD Dan Disney Junior - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelanggan Astro Tidak Lagi Boleh Mengakses Saluran Disney Channel, Disney XD Dan Disney Junior


Sebelum ini kami melaporkan saluran Disney XD tidak akan lagi ditawarkan kepada pelanggan Astro bermula hari ini. Tetapi nampaknya hari ini kesemua saluran Disney iaitu Disney XD, Disney Channel dan Disney Junior juga tidak lagi boleh ditonton.

Sekiranya saluran 612 (Disney XD) , 613 (Disney Junior) dan 614 (Disney Channel) ingin ditonton, skrin notifikasi seperti di atas akan dipaparkan. Intisari rancangannya untuk ketiga-tiga saluran juga kini kosong tanpa sebarang maklumat siaran. Sebagai ganti pelanggan Kids Pack akan menerima saluran Nickelodeon Junior (617) dan Boomerang (619).

Sebelum ini beberapa negara lain, penarikan saluran mereka dari perkhidmatan kabel tempatan dilakukan sejurus sebelum Disney+ dilancarkan. Setakat ini Disney+ hanya boleh diakses pengguna Indonesia selepas ia ia dilancarkan Ogos lalu dan di Singapura pada penghujung Februari. Pelantikan Ahmad Izham Omar sebagai ketua kandungan Asia Tenggara hanya beberapa minggu lalu adalah antara petanda Disney+ akan dilancarkan. Sebagai antara insan yang menanti perkhidmatan ini, kami tidak dapat bersabar lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.