Xiaomi Mi 10i 5G Akan Dilancarkan Dengan Snapdragon 750G Dan Kamera 108MP
Keluarga Xiaomi Mi 10 masih lagi akan dihasilkan walaupun Mi 11 telahpun dilancarkan di India. Pada 5 Januari hadapan, Xiaomi Mi 10i 5G akan ditawarkan ke pasaran India sahaja dengan spesifikasi yang lebih sederhana berbanding Mi 10 yang lain.
Xiaomi Mi 10i 5G sebenarnya adalah sebuah Redmi Note 9 Pro 5G yang dijenamakan semula. Oleh itu ia dilengkapi skrin 6.67″ LCD 120Hz, pemproses Snapdragon 750G, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 4820 mAh.
Kamera utamanya pula menggabungkan sensor 108+8+2+2 MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Terdapat juga sokongan speaker stereo dengan pengecasan pantas 33W. Pihak Xiaomi India mengesahkan huruf “i” pada nama peranti adalah kerana ia adalah khusus untuk pasaran India sahaja pada waktu ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment