Apple Mengumumkan Program Baik-Pulih Untuk Apple Watch 5 Dan Apple Watch SE Yang Tidak Mengecas
Apple kini telah memulakan sebuah program baik-pulih baharu, memfokuskan kepada pengguna Apple Watch Series 5 dan juga Apple Watch SE.
Melalui dokumen sokongan Apple, mereka mengatakan, terdapat sejumlah kecil pengguna dengan Apple Watch Series 5 dan Watch SE yang menghadapi masalah untuk mengecas jam tangan pintar apabila memasuki “Power Reserve”.
Masalah ini dikaitkan dengan sistem operasi watchOS 7.2 atau 7.3, dan telah pun diatasi melalui kemaskini watchOS 7.3.1 terbaru.
Apple mengatakan, sekiranya pengguna menghadapi masalah kesukaran untuk mengecas, letakkan jam tangan berkenaan pada pengecas yang selalu digunakan, dan nantikan sekurang-kurangnya selama 30 minit.
Sekiranya Apple Watch masih gagal mengecas, pengguna diminta untuk menghubungi pihak Apple untuk baik-pulih jam tangan berkenaan secara percuma. Seperti biasa, ia akan melalui proses semakan terlebih dahulu sebelum disahkan akan dibaik-pulih.
Semak : Program Baik-Pulih Apple Watch Series 5/ SE
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment