Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jaguar Akan Mengeluarkan Kereta Elektrik Sahaja Menjelang 2030 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jaguar Akan Mengeluarkan Kereta Elektrik Sahaja Menjelang 2030


Satu demi satu syarikat pengeluar kenderaan mula berkongsi perancangan mereka untuk menjadi lebih mesra alam dengan teknologi lestari. Kini giliran Jaguar pula mengumumkan mereka akan hanya mengeluarkan kenderaan elektrik menjelang 2030.

Ini bermakna dalam masa terdekat, Jaguar dan Land Rover tidak lagi akan sinonim dengan kenderaan berenjin petrol. Land Rover akan mengeluarkan kenderaan elektrik pertama mereka pada tahun 2024 di bawah siri Range Rover, Discovery dan Defender. Jaguar juga menyasarkan menjadi syarikat sifar karbon menjelang 2039. Segala aspek operasi, pengilangan dan rantaian bekalan akan menggunakan sumber kuasa lestari.

Selain Jaguar, Bentley yang juga sebuah syarikat mewah dengan pedigri kenderaan berenjin petrol juga akan mengeluarkan kenderaan elektrik sahaja menjelang 2030. Bagi kita di Malaysia, syarikat tempatan manakah pula yang akan mempunyai perancangan yang sama?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.