Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan Penstriman Permainan Video Project xCloud Kini Diuji Pada Pelayar Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan Penstriman Permainan Video Project xCloud Kini Diuji Pada Pelayar Web


Project xCloud diumumkan oleh Microsoft pada tahun 2018 untuk membolehkan permainan video distrim pada pelbagai peranti. Ia adalah penawaran yang menarik kerana dengan penstriman, komputer dan peranti pintar berkuasa tinggi tidak diperlukan untuk menikmati permainan video pada tetapan tertinggi.

Foto : The Verge

Selepas perkhidmatan dilancarkan tahun lalu, Project xCloud menghadapi masalah dengan Apple yang menghalangnya dari digunakan pada peranti mereka atas sebab kewangan. Walaupun kemudiannya dibenarkan Microsoft kini telahpun memulakan ujian menawarkan Project xCloud pada pelayar web. Dengan ini pengguna iPhone dan iPad tidak perlu risau sekiranya aplikasi sekali lagi dihalang.

Pada waktu ini Project xCloud hanya menyokong pelayar web berasaskan Chromium seperti Chrome dan Edge. Antaramukanya sama dengan versi aplikasi dengan sokongan alat kawalan jauh Xbox. Sebagai pengguna di Malaysia berita ini memang menarik tetapi malang sekali masih tiada berita dari Microsoft bahawa perkhidmatan ini akan ditawarkan di Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.