Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy A52 Mungkin Hadir Dengan Pilihan Cip Snapdragon 720G Dan Snapdragon 750G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy A52 Mungkin Hadir Dengan Pilihan Cip Snapdragon 720G Dan Snapdragon 750G


Sebagaimana yang semua sedia maklum, Samsung bakal hadir dengan penawaran peranti baharu lagi di bawah siri Galaxy A menerusi model Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72. Jika Samsung Galaxy A72 dikhabarkan hanya akan tersedia dalam versi 4G. Berbeza pula ceritanya dengan Samsung Galaxy A52 – yang mana ianya akan ditawarkan dalam dua versi berbeza iaitu 4G dan 5G.

Menurut sumber, model 4G akan dijana dengan cip yang sama seperti Galaxy A72 iaitu Snapdragon 720G. Sementara itu, model 5G pula akan menggunakan cip Snapdragon 750G bersama sokongan 5G terbina. Sumber itu turut memaklumkan, pilihan memori adalah sehingga 8GB RAM dan ruang storan sehingga 256GB. Ia bagaimanapun, bergantung kepada pasaran kerana masih terdapat pilihan untuk memori 6GB RAM dan ruang storan 128GB.

Seterusnya, Samsung Galaxy A52 akan dilengkapi paparan bersaiz 6.5-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama), kemudian diikuti dengan tiga sensor lain iaitu 8-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – bateri 4,500mAh dengan pengecasan 25W, port sambungan USB-C, sistem operasi Android 11, pelindungan kalis air IP67, sokongan slot microSD dan bicu audio 3.5mm.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan secara rasmi. Tetapi dengan ketirisan ini, kita mungkin akan dapat melihat pengenalannya tidak lama lagi. Menurut sumber juga harga jualannya dijangka bermula sekitar €349 (~RM1,706). Ia bagaimanapun, masih satu spekulasi awal semata. Segalanya bakal terjawab apabila dilancarkan kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.