Hi! Welcome Back and Stay Tune! Coral Bloom Di Arab Saudi Ialah Pusat Peranginan Yang Menggunakan Sumber Kuasa Solar Dan Angin Sepenuhnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Coral Bloom Di Arab Saudi Ialah Pusat Peranginan Yang Menggunakan Sumber Kuasa Solar Dan Angin Sepenuhnya


Minggu lalu Arab Saudi memperlihatkan rekaan roller coaster terpanjang, tertinggi dan terpantas dunia untuk menarik pelancong ke negara mereka. Ini bukan satu-satunya projek di bawah Putera Muhammad bin Salman sebagai usaha memulihkan imej Arab Saudi. Turut akan dibina ialah Red Sea Project, sebuah projek peranginan mega di kepulauan yang terletak di Laut Merah.

Antara yang bakal dibina ialah Coral Bloom yang merupakan sebuah resort yang lestari kerana kuasa elektrik dijana sepenuhnya menggunakan kuasa angin dan solar. Turut akan dibina di kawasan tapak ialah bateri sebesar  1,000 MWh yang merupakan yang terbesar di Asia Tengah. Coral Bloom mendapat namanya kerana kelihatan seperti batu karang dengan atap yang kelihatan seperti cangkering laut dari udara

Bagi memastikan kelestarian sepenuhnya, air yang dikitar semula serta air kumbahan yang diproses untuk menyiram tumbuh-tumbuhan di sekitar pusat peranginan.

Coral Bloom hanyalah satu dari 11 hotel yang dibina di bawah Red Sea Project di atas 22 pulau dan kesemuanya direka oleh firma Fosters + Partners’. Projek mega ini dijangka siap pada tahun 2022 dan akan menjana pendapatan kepada negara dengan dunia kini menjauhkan diri dari bahan api fosil. Ironi di sini ialah projek lestari ini membawa kemusnahan kepada kepulauan Shurayah yang selama ini bebas pembangunan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.