Hi! Welcome Back and Stay Tune! TikTok Dilaporkan Akan Menjual Perniagaan Mereka Di India - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TikTok Dilaporkan Akan Menjual Perniagaan Mereka Di India


TikTok telah diharamkan terus dari India atas sebab-sebab keselamatan tahun selepas tentera dari India dan China bertempur di pergunungan Himalaya. India mendakwa aplikasi dari China boleh digunakan untuk tujuan intipan. Kini dengan aplikasi tidak lagi dibenarkan beroperasi, TikTok dilaporkan dalam perbincangan menjual perniagaan mereka di India.

Menurut laporan Bloomberg, TikTok akan menjual perniagaan mereka kepada Glance yang membangunkan aplikasi Roposo. Roposo menjadi pengganti TikTok di kalangan pengguna India dan perbincangan untuk membeli dimulakan oleh Softbank yang melabur ke dalam Glance. Sejak diharamkan, TikTok telah memberhentikan ribuan tenaga kerja tempatan.

Dalam perkembangan yang sama, penjualan perniagaan TikTok Amerika Syarikat juga kini tertanggung selepas tewasnya Trump dalam pilihanraya presiden November lalu. Tidak seperti di India, mahkamah A.S menghalang kerajaan dari mengharamkan TikTok dari gedung aplikasi popular.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.