Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dijangka Membangunkan Kilang Semikonduktor Bernilai RM68 Bilion Di Amerika Syarikat Menjelang 2023 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dijangka Membangunkan Kilang Semikonduktor Bernilai RM68 Bilion Di Amerika Syarikat Menjelang 2023


Selain daripada menbangunkan peranti-peranti dan komponen mereka sendiri, Samsung juga adalah salah sebuah syarikat teknologi yang membantu membangunkan komponen semikonduktor dan cip pemprosesa untuk syarikat-syarikat lain, seperti NVIDIA dengan cip grafik Ampere terbaru mereka.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Samsung sedang dalam perbincangan dengan kerajaan negeri Texas, New York dan Arizona untuk membangunkan kilang pembangunan semikonduktor mereka di Amerika Syarikat.

Ia dilaporkan bahawa kilang ini, yang bernilai $17 bilion (~RM68 bilion) akan mengilangkan cip pemprosesan yang dibangunkan menggunakan proses 3nm melalui teknologi GAAFET (Gate All Around FET) terbaru mereka.

Lokasi-lokasi ini dipilih kerana kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membantu syarikat-syarikat teknologi seperti TSMC dan Samsung di Amerika Syarikat supaya mereka boleh mendapatkan akses cepat dan mudah kepada cip-cip pemprosesan ini untuk peranti-peranti mereka sendiri.

Beberapa laporan menjangkakan bahawa Samsung akan mula membangunkan kilang ini pada tahun 2023 kelak. Kilang ini dilaporkan hanya akan membangunkan cip-cip pemprosesan 3nm ini, dan bahagian penyelidikan masih lagi akan dilakukan di Korea Selatan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.