Telefon Dengan Kamera Swafoto 100MP Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi
Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa telefon pintar yang dipasarkan dengan kamera utama dibelakang dengan sensor sebesar 100-megapixel – selain desas-desus berkaitan penggunaan sensor 200-megapixel turut telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas.
Dikongsikan oleh Digital Chat Station, kini ia diperkatakan kita akan melihat telefon menggunakan sensor kamera swafoto mencapai 100-megapixel dipasaran tidak lama lagi. Ini bermakna kita bukan sahaja melihat penggunaan sensor besar pada kamera dibahagian belakang, tetapi beberapa pengeluar akan turut menggunakan kamera dengan sensor besar ini pada bahagian hadapan.
Berkemungkinan besar telefon pertama menggunakannya akan hadir oleh pengeluar dari China. Perkara ini juga selari dengan permintaan untuk penggunaan kamera swafoto yang semakin meningkat – termasuk untuk laman sosial seperti TikTok, Instagram, selain untuk panggilan video.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan siapakah pengeluar pertama yang bakal menawarkan telefon pintar dengan kamera swafoto 100-megapixel ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment