Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selaras agensi kerajaan jika mahu tarik pelabur asing, kata wakil Bank Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selaras agensi kerajaan jika mahu tarik pelabur asing, kata wakil Bank Dunia


 

Ahli ekonomi berkata pertindihan usaha antara agensi kerajaan tidak memberi dorongan kepada para pelabur. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang wakil Bank Dunia ke Malaysia menyeru penyelarasan yang lebih baik dalam kalangan agensi kerajaan jika Malaysia mahu menarik lebih banyak pelaburan asing.

Pengurus Negara Bank Dunia Firas Raad berkata, terdapat “pertindihan yang signifikan” dan peranan antara 32 agensi itu yang mempromosikan pelaburan asing, mewujudkan “landskap berpecah-pecah” yang mungkin menjauhkan pelabur.

“Malaysia akan terus menunjukkan prestasi bawah jangkaan jika pendekatan yang tidak selaras itu berterusan,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mesti meningkatkan daya saingnya jika mahu merebut peluang baru dalam perdagangan dan pelaburan global ketika pandemik Covid-19.

Putrajaya juga perlu menetapkan matlamat dasar pelaburan yang jelas, serta “membangunkan sistem insentif yang lebih bersasar, automatik dan telus”.

Komentar Raad itu menyusul pemerhatian daripada seorang pakar pengangkutan yang mengatakan, karenah birokrasi adalah faktor utama penurunan pelaburan asing di Malaysia.

Kolumnis FMT Rosli Khan berkata, banyak agensi ditubuhkan untuk membantu pelabur atau perniagaan dengan lebih baik, tetapi sebaliknya menjadikannya lebih sukar bagi sektor swasta untuk melabur dan beroperasi.

Profesor ekonomi Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway menyeru satu kajian semula terhadap pelbagai agensi pengawalselia terutama jika mereka menyebabkan iklim pelaburan negara itu kurang menarik dari negara jiran.

Beliau berkata, agensi pengawalselia perlu mewujudkan persekitaran operasi yang stabil, selamat dan terjaga serta persaingan yang setara untuk pelabur.

“Namun, jika terlalu banyak syarat birokrasi dan karenah serta menghalang kemudahan dan menaikkan kos menjalankan perniagaan, maka badan pengawalselia menjadi sebahagian daripada masalah, bukannya solusi untuk kemajuan ekonomi,” katanya.

Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berkata, “kita memerlukan tinjauan menyeluruh dalam memikirkan” tentang rangka pengawalseliaan.

Katanya, cara lama untuk menawarkan insentif fiskal dan utiliti pada kadar potongan tidak akan berhasil.

“Penurunan FDI baru-baru ini hanyalah simptom masalah lama,” katanya, merujuk kepada kedudukan Malaysia yang tidak baik dalam kedudukan pelaburan asing antara negara Asean. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.