70,000 Pemandu Uber UK Kini Diklasifikasikan Sebagai Pekerja – Layak Menerima Gaji Minima Dan Cuti Tahunan
Uber United Kingdom kini mengklasifikasikan lebih 70,000 pemandu yang berdaftar dengan perkhidmatan mereka sebagai pekerja. Sebagai pekerja, mereka layak menerima gaji minima, cuti tahunan dan bayaran pencen. Tindakan ini dilakukan selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom menolak rayuan Uber untuk mengklasifikasikan pemandu sebagai sekadar bekerja sendiri.
Menurut mahkamah tinggi, Uber menetapkan kadar tambang, syarat kontrak dan boleh menghalang pemandu dari mengakses perkhidmatan mereka jika penilaian mereka jatuh ke tahap bintang tertentu. Ini meletakkan mereka di tahap yang sama seperti seorang majikan. Oleh sebab itu kesemua pemandu Uber perlu diklasifikasikan sebagai pekerja dan layak menerima layanan setimpal mengikut undang-udang buruh United Kingdom.
Walaupun mereka kini dilihat sebagai pekerja, pemandu Uber masih tidak menerima manfaat penuh seperti ditampung kos perubatan misalnya. Kos untuk menggunakan Uber di UK dijangka meningkat dengan pengumuman hari ini. Impak keputusan mahkamah tinggi pastinya akan memberikan kesan kepada perkhidmatan ekonomi gig seluruh dunia. Di California pemandu serupandu juga ingin mendapatkan hak dilihat sebagai pekerja dan menerima tentangan dari Uber
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment