Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazfit Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Boleh-Pakai Baharu Pada 23 Mac 2021 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazfit Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Boleh-Pakai Baharu Pada 23 Mac 2021


Amazfit sedia hadir dengan rangkaian peranti boleh-pakai yang dilengkapi sejumlah ciri menarik. Di samping itu, mereka juga sering memfokuskan kepada penawaran lebih mampu milik. Dalam perkembangan terkini, Amazfit Malaysia dilihat berkongsi mengenai perancangan mereka untuk pengenalan peranti boleh-pakai baharu lagi tidak lama lagi.

Perkhabaran ini dikongsi oleh pihak Amazfit sendiri menerusi beberapa hantaran di laman Facebook rasmi. Pengenalan berkenaan dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 23 Mac 2021. Amazfit bagaimanapun, tidak pula mendedahkan secara khusus mengenai butiran pada produk – termasuklah nama model dan spesifikasi padanya.

Namun begitu, hantaran berkenaan sedikit sebanyak memperlihatkan reka bentuk yang bakal disertakan padanya. Melaluinya, ia dilihat bakal hadir dengan muka jam berbentuk bulat bersama rekaan tali yang hampir serupa dengan model Amazfit T-Rex sebelum ini. Seperti biasa untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan perkongsian yang selebihnya daripada pihak Amazfit Malaysia kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.