Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perketat syarat kahwin bawah umur, bukan haramkan terus, kata peguam syarie - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perketat syarat kahwin bawah umur, bukan haramkan terus, kata peguam syarie


 

Langkah mengetatkan syarat dapat mengurangkan statistik perkahwinan bawah umur, menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang.

PETALING JAYA: Peguam syarie mencadangkan agar perkahwinan bawah umur diperketatkan syaratnya, bukannya terus diharamkan.

Kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang kepada FMT, langkah mengetatkan syarat adalah supaya insiden perkahwinan bawah umur dapat dikurangkan kerana dibimbangi akan mendatangkan mudarat lebih besar sekiranya terus diharamkan.

“Mengetatkan syarat dapat mengurangkan statistik perkahwinan bawah umur. Jika (kita) menutup terus ruang, dikhuatiri akan timbul risiko lain yang lebih besar mudaratnya.

“Contohnya, seorang lelaki mahu bertanggungjawab ke atas seorang gadis bawah umur yang mengandung.

“Jika mereka tidak dibenarkan berkahwin, akan bawa mudarat kepada kandungan. Namun jika dibenarkan dengan syarat ketat, sekurang-kurangnya pihak lelaki sanggup bertanggungjawab,” kata beliau.

Musa berpendapat, perkahwinan bawah umur, khususnya bagi orang Islam, masih boleh dibenarkan dalam situasi khas dengan mengambil kira pelbagai aspek.

“Dengan mengambil kira aspek agama (Islam), latar belakang, pendidikan, keadaan sosio-ekonomi, keupayaan fizikal, mental, dan psikologi, pertimbangan hakim serta pemantauan oleh ibu bapa, perkahwinan bawah umur boleh dibenarkan dalam keadaan tertentu dengan kebenaran mahkamah,” kata beliau.

Beliau mengulas resolusi yang diluluskan Majlis Peguam yang menyeru agar kerajaan meluluskan undang-undang melarang perkahwinan bawah umur dan mengambil langkah meningkatkan usia minimum perkahwinan menjadi 18 tahun untuk semua.

Usul itu juga menyeru agar kerajaan menerapkan pendekatan pelbagai pihak berkepentingan dan mengambil langkah segera untuk mengatasi faktor pencetus yang membawa kepada perkahwinan bawah umur di negara ini, seperti kemiskinan, seks sebelum perkahwinan, kehamilan remaja, dan kurangnya akses kepada pendidikan.

Pada masa ini, orang bukan Islam perlu mendapatkan persetujuan menteri besar atau ketua menteri untuk berkahwin sekiranya pengantin perempuan berusia antara 16 dan 18 tahun, dan pengantin lelaki bawah usia 18 tahun.

Perkahwinan orang Islam ditadbir oleh undang-undang syariah negeri dan berbeza di setiap negeri.

Perkahwinan bawah umur menjadi perhatian tiga tahun lalu apabila seorang lelaki berusia 41 tahun di Gua Musang, Kelantan, mengahwini gadis berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.