Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wiko Power U10 Dan Power U20 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM379 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wiko Power U10 Dan Power U20 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM379



Lebih kurang sekitar 3 minggu yang lalu, Wiko Malaysia baru sahaja menawarkan Wiko Y62 untuk pasaran tempatan. Kini, mereka dilihat mempelbagaikan lagi penawaran peranti mereka untuk pengguna di Malaysia dengan memperkenalkan Wiko Power U10 dan Wiko Power U20.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada hargar RM379 untuk model Wiko Power U10. Sementara itu, Wiko Power U20 pula dijual pada harga RM429. Kedua-duanya boleh dibeli menerusi sejumlah platform berbeza – termasuk kedai atas talian rasmi Wiko di Lazada dan Shopee.

Kedua-duanya juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna berbeza – di mana, Wiko Power U10 ditawarkan dalam warna Denim Blue, Carbone Blue atau Turquise. Manakala, Wiko Power U20 pula bewarna Mint, Slate Grey atau Navi Blue.

Untuk spesifikasi, Wiko Power U10 dilengkapi skrin bersaiz 6.82-inci dengan resolusi HD+. Seterusnya, ia juga dilengkapi cip MediaTek Helio A25, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 5000mAh. Tetapan kamera utama pula terdiri dengan lensa tunggal 13-Megapixel, kemudian kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel.

Untuk Wiko Power U20 pula, peranti ini dilengkapi skrin 6.82-inci HD+, dijana cip MediaTek Helio G35, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri sebesar 6000mAh. Kamera utama pula terdiri dengan sensor 13-Megapixel + 2-Megapixel + QVGA dan kamera swafoto pula adalah 5-Megapixel.

Beli : Wiko Power U10 Di Lazada

Beli : Wiko Power U20 Di Lazada



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.