Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Swift 3x – Komputer Riba Kelas Permulaan Untuk Penyuntingan Video dan Gambar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Swift 3x – Komputer Riba Kelas Permulaan Untuk Penyuntingan Video dan Gambar


Jika kita mengikuti arus pemodenan teknologi komputer riba daripada dahulu, saiz rekaannya bergantung kepada jenis penggunaan anda. Jika inginkan prestasi yang hebat, kebiasaannya komputer riba akan lebih tebal. Manakala, jika inginkan komputer riba yang nipis dan ringan, kebiasaannya spesifikasi yang ditawarkan adalah asas untuk kegunaan harian. Namun, kita telah sampai di satu era di mana apabila memilih suatu komputer riba, pembeli tidak perlu lagi kompromikan di antara prestasi, berat atau jangka hayat bateri untuk komputer riba kelas permulaan. Hal ini kerana sekarang terdapat beberapa pilihan untuk komputer riba yang hadir dengan pakej lengkap untuk kegunaan asas dan dijual pada tanda harga yang mampu milik. Malah ia cukup berkuasa sekiranya anda hendak menggunakannya untuk menyunting gambar dan video yang ringkas. Sekiranya anda sedang mencari komputer riba kelas permulaan dan boleh membuat tugasan ringan serta mampu milik, Acer Swift 3x adalah antara pilihan terbaik dalam kategori ini.

Acer Swift 3x merupakan komputer riba terbaru dari Acer yang menggunakan cip pemproses terkini dari Intel. Anda diberi dua pilihan untuk mendapatkannya, iaitu model dengan Intel Core i5-1135G7 bersama RAM 8GB LPDDR4X atau Intel Core i7-1165G7 bersama RAM 16GB LPDDR4X. Kedua-dua cip pemprosesan ini hadir bersama sokongan grafik Intel Iris Xe MAX yang jauh lebih berkuasa dari generasi sebelumnya. Malah menurut Intel juga, dengan sokongan grafik ini kerja-kerja suntingan akan menjadi lebih pantas dan lancar kerana grafik ini sememangnya direka khas untuk menyokong untuk penghasilan video dan penyuntingan grafik. Dibantu pula dengan saiz storan sebesar 512GB SSD, tentunya masalah lengah masa dapat dikurangkan sekaligus melancarkan lagi proses suntingan yang dilakukan menggunakan Acer Swift 3x ini.

Untuk menyunting gambar atau video, paparan skrin adalah antara faktor yang perlu diambil kira. Skrin Acer Swift 3x ini bersaiz 14 inci FHD yang menggunakan panel jenis IPS dengan nisbah skrin ke badan seluas 84%. Pewarnaan pada skrinnya juga memberikan paparan dengan warna yang jitu dengan peratusan warna gamut sehingga 72% NTSC. Paparannya juga turut menyokong paparan Acer ExaColor dan Acer Color Intelligence. Acer ExaColor adalah teknologi yang digunakan untuk memberi paparan imej yang berkualiti dengan pelarasan suhu warna dan nilai contrast gamma seakan-akan sRGB.

Manakala, Acer Color Intelligence pula adalah fungsi yang menyokong untuk membuat pelarasan pewarnaan pada skrin secara automatik pada masa nyata, dan dalam masa yang sama dapat mengoptimasikan pewarnaan, kecerahan dan penepuan warna pada skrin tanpa memberikan kesan pewarnaan yang keterlaluan dan menyakitkan mata. Bukan sekadar itu sahaja, Acer Swift 3x ini juga menyokong untuk menghasilkan paparan yang lebih besar dan dalam masa yang sama beresolusi tinggi. Paparan ini boleh dihasilkan melalui sambungan USB 3.2 yang menyokong Thunderbolt 4, yang kemudiannya boleh disambungkan kepada 2 monitor 4K atau satu monitor 8K dengan satu sambungan kabel ke komputer riba ini sahaja.

Ramai memilih untuk memiliki komputer riba kerana sifatnya yang mudah alih dan anda mudah untuk dibawa bekerja di mana sahaja. Hal ini kerana rekabentuknya yang nipis dan hanya seringan 1.37kg sahaja. Acer Swift 3x ini turut dilengkapi dengan Intel WiFi-6 (802.11ax) yang membolehkan anda menggunakan teknologi MU-MIMO dan OFDMA. Secara ringkasnya ia mampu untuk mempercepatkan proses muat turun dan muat naik anda apabila disambungkan kepada penghala Wi-Fi 6 yang lebih laju dan stabil. Oleh itu, proces suntingan video dan gambar atau kerja-kerja lain akan menjadi lebih pantas dan menyenangkan.

Selain itu, ketahanan bateri juga adalah aspek yang penting dan kali ini Acer tidak akan mengecewakan anda kerana jenama ini menawarkan bateri berkapasiti 58.7Wh yang dikatakan mampu memberikan masa penggunaan sehingga 17.5 jam. Bukan itu sahaja, menurut Acer anda boleh mendapatkan 4 jam masa penggunaan sekiranya anda membuat pengecasan pantas selama 30 minit. Sekuriti juga merupakan satu ciri penting yang perlu dititik beratkan agar komputer riba anda sukar untuk dicerobohi oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu, Acer telah sertakan fungsi pengimbas cap jari bersama Windows Hello yang menyokong untuk membuat pengecaman identiti pengguna tanpa perlu memasukkan sebarang kata laluan untuk mengakses komputer riba ini.

Selain dari Windows Home anda juga boleh dapatkan Microsoft Office Home and Student 2019 yang bernilai RM529 secara percuma jika anda membeli beberapa komputer riba Acer yang terpilih, samaada Acer Swift 3x, Acer Swift 3 atau Acer Swift 5. Penawaran ini sangat bernilai bagi seseorang pelajar mahupun seorang pekerja biasa, kerana aplikasi seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint sangat berfaedah untuk membantu produktiviti pembelajaran dan juga pekerjaan selain menjimatkan kos perbelanjaan.

Melalui rekaannya yang nipis dan ringan, menggunakan cip pemprosesan yang terkini, sokongan grafik yang baik untuk penyuntingan video dan gambar, paparan dengan pewarnaan yang jitu namun tidak menyakitkan mata, dan kapasiti bateri yang mampu bertahan lama, ia menjadikan Acer Swift 3x ini seumpama sebuah komputer riba kelas permulaan yang lengkap dan sangat membantu untuk menghasilkan video dan membuat suntingan gambar. Komputer riba Acer Swift 3x ini ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu Safari Gold atau Steam Blue yang dipasarkan pada harga bermula RM3,799 untuk versi Intel Core i5 dan RM4,599 untuk versi Intel Core i7. Jadi bagi anda yang berminat, boleh membelinya melalui pengedar-pengedar rasmi Acer ataupun secara atas talian melalui laman rasmi Acer.

Layari: Laman Rasmi Acer Untuk Maklumat Lanjut Acer Swift 3x

Penafian: Advertorial daripada Acer Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.