Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mengetatkan Sekuriti Di Kilang Bagi Mengelakkan Rahsia Produk Tertiris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mengetatkan Sekuriti Di Kilang Bagi Mengelakkan Rahsia Produk Tertiris


Satu perkara yang tidak berlaku ketika Steve Jobs masih hidup ialah jarang sekali maklumat mengenai produk mereka tertiris awal ke media. Pembekal komponen perlu menandatangani kontrak merahsiakan urus niaga dan makmal pembangunan produk di Cupertino hanya boleh diakses sejumlah kecil kakitangan. Tetapi kini ketirisan maklumat mengenai produk Apple boleh dikatakan muncul setiap minggu.

Bagi mengelakkan ini dari berterusan, Apple mengetatkan sekuriti ke atas komponen di kilang-kilang pembekal menurut laporan The Information. Antara langkah drastik yang diambil ialah pemeriksaan latar belakang kakitangan yang diambil bekerja di kilang terlebih dahulu. Jumlah kamera litar tertutup juga dipertingkatkan bagi memantau pergerakan.

Pergerakan komponen juga dijejak sepanjang masa. Sekiranya ia tidak tiba ke stesen pemasangan pada waktu yang ditetapkan, penggera akan dibunyikan. Dengan ini isu komponen dicuri sebelum muncul di arena web (seperti komponen AirPods baharu) akan dapat dielakkan. Log pergerakan kakitangan ke dalam kawasan sensitif juga perlu direkodkan dengan kawasan sentiasa diawasi oleh pengawal keselamatan.

Video prototaip dan komponen rosak yang dimusnahkan juga perlu disimpan selama 180 hari untuk pengesahan. Pendek kata Apple ingin mencantas masalah maklumat tertiris di kaki dengan mengenakan langkah keselamatan yang amat ketat.

Hanya beberapa minggu lalu mereka menyaman bekas kakitangan mereka Simon Lancaster yang didakwa berkongsi maklumat rahsia dengan wartawan. Bukti ditemui pada peranti yang dikembalikan semula oleh beliau selepas meletakkan jawatan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.