PDRM Hadir Dengan Aplikasi MyBayar Saman – Memudahkan Pembayaran Saman Trafik Tanpa Caj Perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia kini telah hadir dengan penawaran baharu, dinamakan sebagai MyBayar Saman. Melaluinya, ia ingin memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas-talian.
Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada. Malah, trend semasa turut memperlihatkan pengguna memilih untuk membayar saman secara atas-talian meningkat, iaitu 46.7% pada 2020 berbanding hanya 18.5% pada 2019 yang lepas.
Laman MyBayar Saman sendiri mengatakan pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan – berbeza dengan beberapa penawaran lain.
Bagi anda yang memandu dan ingin menyemak saman trafik anda, boleh layari laman MyBayar Saman hari ini.
Layari : MyBayar
Muat-Turun myBayar untuk Android
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment