Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelajuan Internet Jalur Lebar Di Malaysia Adalah Ketiga Terbaik Di Asia Tenggara – Speedtest - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelajuan Internet Jalur Lebar Di Malaysia Adalah Ketiga Terbaik Di Asia Tenggara – Speedtest


Perkhidmatan internet di Malaysia secara lazimnya boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu internet jalur lebar yang menggunakan kabel tembaga ataupun gentian optik dan juga internet mudah-alih yang menggunakan sambungan rangkaian 3G dan 4G.

Speedtest, perkhidmatan penanda-aras kelajuan internet baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah laporan mengenai kualiti dan tahap kelajuan internet di rantau Asia Tenggara dimana mereka memperlihatkan purata kelajuan internet jalur lebar dan juga internet mudah alih.

Purata kelajuan internet ini diperlihatkan dalam bentuk graf dari suku pertama 2019 sehinggalah suku terakhir tahun 2020. Melalui graf ini, kita dapat melihat bahawa sejumlah negara di rantau ini rata-rata memperlihatkan penambahbaikan dari segi kelajuan internet.

Tidak mengejutkan untuk melihat Singapura menduduki tempat pertama pada kadar muat-turun 228Mbps, manakala Thailand berada di tempat kedua pada kadar purata sekitar 175Mbps. Malaysia yang juga memperlihatkan penambahbaikan dari segi kadar muat-turn berada di tempat ketiga dengan purata muat-turun 90.88Mbps. Dari segi muat-naik data pula, Malaysia masih sedikit ketinggalan pada kadar purata sekitar 50Mbps.

Dari segi perkhidmatan internet mudah-alih pula, Singapura dan Thailand sekali lagi adalah dua negara dengan kadar muat-turun terpantas di rantau ini, dimana tempat ketiga dimiliki oleh Vietnam. Malaysia berada di tempat keempat dengan kadar muat-turun 24.53Mbps dan muat-naik data 11.53Mbps.

Laporan tersebut juga menyentuh sedikit mengenai JENDELA dan pelan kerajaan untuk menambahbaikkan capaian internet mudah-alih di seluruh Malaysia, khususnya melalui penambahan pencawang rangkaian 4G khususnya untuk kawasan luar bandar yang memerlukannya untuk tujuan kerja dan pembelajaran.

Dalam pada itu, ia juga didapati bahawa pada penghujung suku 2020, ia dilaporkan bahawa pengguna peranti pintar rata-ratanya menyambung ke internet menggunakan rangkaian 4G untuk melayari internet.

Statistik ini menunjukkan betapa pentingnya kerajaan bersama-sama syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan untuk bukan sahaja menambahkan capaian rangkaian internet, tetapi juga memastikan kualiti capaian tersebut berada pada tahap yang memuaskan.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laporan Speedtest tersebut, anda boleh membaca mengenainya di sini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.