Aplikasi Facebook Kini Menyokong Log Masuk Pengesahan Dwi-Faktor Kunci Fizikal
Pengesahan dwi-faktor tidak dinafikan adalah agak melecehkan. Tetapi apa boleh buat, jika itu adalah antara kaedah sekuriti tambahan untuk memperkukuhkan lagi akaun-akaun media sosial milik kita atau untuk menjaga akaun-akaun atas talian tidak ingin digodam.
Kaedah lain adalah melalui pengesahan dwi-faktor kunci fizikal, di mana ia tidak menggunakan kod pengesahan seperti OTP atau TAC. Sebaliknya dalam bentuk pemacu USB-A, USB-C, kekunci Bluetooth atau ada juga gabungan dengan cip NFC untuk kaedah sentuhan. Melalui kunci fizikal, pengguna perlu sambungkan kunci ini atau tambat atau sentuh NFC pada belakang peranti untuk pengesahan log masuk. Terkini, aplikasi Facebook mula menyokong kaedah sekuriti tambahan ini.
Bagi mereka yang skeptikal dengan privasi, sekuriti dan keselamatan atas talian – ini mungkin kaedah terbaik untuk anda melindungi diri. Kunci fizikal pengesahan dwi-fakor ada banyak jenama, antara yang terkenal adalah Titan daripada Google. Walaupun Facebook menggalakkan pengguna menggunakan kaedah ini, kunci fizikal seperti ini masih mahal dan hanya untuk pengesahan – tidak ramai sanggup beli dan pasti ramai lebih rela dengan kaedah SMS atau aplikasi seperti Google Authenticator sahaja sudah memadai.
Apa kata anda? Tahun lepas Twitter, tahun ini Facebook, adakah lepas ini lebih banyak akan menyokongnya?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment