Twitter Menguji Integrasi YouTube Pada Aplikasi – Tonton Video Tanpa Meninggalkannya
Twitter kini mengumumkan mereka sedang menguji kaedah untuk menonton video perkongsian dari YouTube terus pada aplikasi mereka, tanpa meninggalkannya.
Untuk makluman, sebelum ini apabila anda membuka sebarang pautan YouTube yang dikongsikan rakan-rakan, anda akan dibawa ke aplikasi YouTube untuk menontonnya.
Starting today on iOS, we’re testing a way to watch YouTube videos directly in your Home timeline, without leaving the conversation on Twitter.
Apa pun, dengan perubahan baru ini, pengguna boleh menontonnya terus pada aplikasi tanpa perlu meninggalkannya. Langkah ini juga akan membolehkan pengguna kekal pada platform Twitter untuk berinteraksi tanpa perlu meninggalkannya.
Ciri baru ini diuji di iOS sahaja buat masa ini. Twitter masih belum mengumumkan bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasmi untuk semua pengguna seluruh dunia, dan untuk pengguna platform Android.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment