Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Didenda RM8 Juta Kerana Menjual iPhone Tanpa Pengecas Di Brazil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Didenda RM8 Juta Kerana Menjual iPhone Tanpa Pengecas Di Brazil


Apple tidak lagi menawarkan pengecas dengan setiap pembelian iPhone dan Apple Watch tahun lalu sebagai komitmen untuk mengurangkan pencemaran elektronik. Tetapi alasan murni mereka ini tidak diterima oleh pihak berkuasa perbandaran Sao Paolo, Brazil dan akibatnya mereka didenda R$ 10,546,442.48 (~RM 7.8 juta).

Mereka didapati bersalah tidak menyertakan pengecas yang termaktub dalam undang-undang hak pengguna di kotaraya tersebut. Selain itu mereka juga dikatakan tidak telus dalam mengiklankan peranti pereka adalah kalis air kerana apabila berlaku kerosakan akibat dimasuki cecair, kos baik pulih percuma tidak termasuk dalam jaminan yang diberikan. Apple turut didapati bersalah menjual peranti yang mengalami kerosakan kepada pengguna. Pihak Apple akan merayu supaya denda tidak dikenakan dan mungkin perlu ke mahkamah.

Di Brazil pengeluar lain seperti Samsung menyertakan pengecas sebagai hadiah percuma pra-tempahan bagi tidak dikenakan tindakan oleh pihak berwajib. Tindakan Apple tidak menyertakan pengecas adalah tidak popular di kalangan pengguna tetapi menjadi trend ikutan beberapa pengeluar lain tahun ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



1 comment:

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.