Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemarau Di Taiwan Memaksa TSMC Membelanjakan RM29 Juta Untuk Mendapatkan Bekalan Air - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemarau Di Taiwan Memaksa TSMC Membelanjakan RM29 Juta Untuk Mendapatkan Bekalan Air


Taiwan sedang mengalami kemarau teruk dengan bekalan air di kesemua empangan simpanan air mula mencecah tahap kritikal. Ini berlaku selepas Taiwan tidak dilanda taufan talun lalu yang selama ini diperlukan. Akibatnya ia mula mendatangkan impak bukan sahaja terhadap kehidupan seharian penduduk negara tersebut tetapi juga pada indiustri perkilangan.

Menurut laporan Wccftech, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) telah menandatangani perjanjian bernilai NT$200 juta (~RM29 juta) dengan sebuah syarikat lori tangki untuk membekalkan air ke kilang milik mereka. Sebanyak 100 lori tangki akan beroperasi untuk memenuhi keperluan 198,000 tan air sehari untuk beroperasi. Ini bukan sahaja akan meningkatkan kos penghasilan komponen seperti cip tetapi sebarang gangguan kepada pengilangan akan menyebabkan situasi kekurangan cip pemproses dunia semakin meruncing.

Isu kemarau yang sudah berlarutan selama beberapa bulan dan sebelum ini TSMC dipetik berkata mereka masih mampu menjalankan operasi sehingga penghujung Mac.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.