Pencipta Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech Kini Membangunkan Pula Vaksin Untuk Kanser
Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Tureci adalah dua doktor yang mencipta vaksin Comirnaty yang lebih dikenali sebagai vaksin Pfizer-BioNTech. Vaksin ini dihasilkan dalam masa kurang setahun menggunakan teknologi Messenger RNA (mRNA) yang mengajar sel tubuh untuk menghasilkan protein yang kemudiannya memicu sistem pertahan tubuh. Kini Dr. Ozlem Tureci berkata teknologi mRNA digunakan oleh BioNTech untuk menghasilkan vaksin menentang kanser pula.
Dalam temuramah bersama Associated Press, Dr. Tureci berkata BioNTech kini mempunyai beberapa calon vaksin yang masih belum diuji. Firma ini sendiri pada asalnya dibentuk untuk mencari vaksin kanser dan hanya mendapat idea menghasilkan vaksin Covid-19 kerana keperluan kecemasan dunia.
Dengan kejayaan Comirnaty, BioNTech kini mempunyai dana yang mencukupi untuk meneruskan kajian mencari vaksin untuk kanser. Apabila ditanya bilakan ia mungkin diberikan kepada umum, Dr. Tureci berkata ia mungkin dalam masa beberapa tahun sahaja lain.
Tumpuan utama BioNTech pada waktu ini ialah memastikan Comirnaty adalah berkesan untuk menentang beberapa mutasi baharu Covid-19 yang mula ditemui.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment