Hi! Welcome Back and Stay Tune! Coca Cola Menawarkan Perkhidmatan Langganan Minuman Di Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Coca Cola Menawarkan Perkhidmatan Langganan Minuman Di Jepun


Langganan bulanan ialah norma baharu dengan semakin ramai tidak mempunyai masalah melanggan kepada perkhidmatan penstriman muzik, video, pisau cukur dan buku. Di Jepun, Cola Cola kini menawarkan pula perkhidmatan langganan minuman secara bulanan Coke On Pass.

Meneuris perkhidmatan ini, pelanggan boleh mendapat satu minuman sehari dengan bayaran 2,700 Yen (~RM103) sebulan. Pelanggan boleh mendapatkan minuman ini menerusi mesin layan diri Coca Cola dan aplikasi Coke On. Pelanggan boleh mendapatkan sebarang minuman di bawah jenama Coca Cola dan tidak terhad kepada minuman bergas yang manis. Mereka turut boleh menikmati teh dan kopi menerusi mesin layan diri milik syarikat Coke.

Perkhidmatan Coke On Pass akan ditawarkan bermula Mei ini pada harga promosi 1,350 Yen (~RM51) sebulan. Bagi mereka yang banyak membeli minuman dari Coke, ini ialah perkhidmatan yang menarik kerana minuman boleh dibeli pada harga yang lebih murah berbanding harga biasa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.