Disney+ Kini Mempunyai 100 Juta Pelanggan Berbayar
Dalam masa 14 bulan, Disney+ kini berjaya mempunyai 100 juta pelanggan berbayar. Ini diumumkan oleh ketua pegawai eksekutif Disney, Bob Chapek dalam mesyuarat dengan pemegang saham semalam. Ini adalah peningkatan sekitar 10% berbanding 94.9 juta pada pertengahan Februari lalu.
Ini meletakkan Disney+ sekitar 103 juta pelanggan di belakang Netflix. Peningkatan ini dipacu oleh pandemik yang masih belum menunjukkan akan berakhir dalam masa terdekat dan juga pelancarannya secara rasmi di Singapura bulan lalu. Pada waktu ini strategi kandungan asli sahaja dari Disney+ nyata membuahkan hasil.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment