Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fitbit Ace 3 Kini Rasmi – Penjejak Kesihatan Kanak-Kanak Dengan Bateri 8 Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fitbit Ace 3 Kini Rasmi – Penjejak Kesihatan Kanak-Kanak Dengan Bateri 8 Hari


Kalau ingin melentur buluh biarlah dari rebungnya ialah pepatah Melayu yang ramai faham maksudnya. Oleh itu jika ingin mempunyai gaya hidup yang sihat, bermulalah sejak dari kecil. Hari ini Fitbit Ace 3 telah dilancarkan secara rasmi setelah rekaannya tertiris semalam. Ia adalah seutas penjejak kesihatan yang menyasarkan pengguna berusia 6 tahun ke atas.

Ia dilengkapi skrin PMOLED dengan tubuh dan tali jam diperbuat daripada bahan silikon. Menerusi Fitbit Ace 3 jumlah tapak, waktu aktif, tempoh tidur dan beberapa aktiviti sukan boleh dijejak. Walaupun dilengkapi pengimbas nadi, aneh sekali ia tidak boleh diaktifkan. Pemakai boleh menggunakannya dalam kolam renang kerana kemampuan kalis air sehingga 50 meter. Pengecasan pula hanya perlu dilakukan setiap lapan hari.

Menerusi tambatan bluetooth 4.2, notifikasi dari telefon pintar, dan panggilan telefon boleh diterima. Ibu bapa turut boleh menghantar peringatan kepada anak sekiranya menyedari mereka terlalu lama tidak aktif. Bagi menggalakkan gaya hidup aktif, peranti akan memberikan lencana khas bagi memperingati kejayaan dalam bersukan pada muka jam.

Fitbit Ace 3 hadir dua tahun selepas Fitbit Ace 2 dilancarkan. Dua warna ditawarkan iaitu Black+Sport Red dan Cosmic Blue+Astro Green. Tali jam edisi Minions juga akan ditawarkan tetapi ia akan diumumkan di kemudian hari. Sepasang Fitbit Ace 3 dijual pada harga $79.95 (~RM329).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.