Hi! Welcome Back and Stay Tune! Roam Ialah Speaker Paling Mampu Milik Pernah Dikeluarkan Sonos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Roam Ialah Speaker Paling Mampu Milik Pernah Dikeluarkan Sonos


Ramai orang mahu memiliki speaker Sonos tetapi harga jualannya membuat ramai berfikir 10 kali. Tetapi dengan Sonos Roam yang dilancarkan awal pagi tadi, impian ini akhirnya dapat dipenuhi kerana ia adalah sebuah speaker bluetooth mudah alih yang mampu milik.

Sonos Roam ialah speaker yang boleh digunakan secara menegak atau mendatar. Dengan tubuh berbentuk tiga segi, pemilik tidak perlu risau ia akan bergolek apabila diletakkan secara mendatar. Terdapat beberapa butang kawalan pada bahagian atas untuk menjeda muzik, melaras audio dan mengaktifkan mikrofon. Mikrofon ini adalah bagi membolehkan Sonos digunakan sebagai speaker pintar yang menyokong Google Assistant dan Alexa. Bagi pengguna Apple pula, terdapat sokongan AirPlay 2.

Beberapa Sonos Roam boleh digunakan secara berangkai menggunakan WiFi dan bluetooth. Ia secara automatik berfungsi secara stereo apabila mengesan kehadiran Roam yang lain. Jika anda mempunyai produk Sonos yang lain di rumah, Roam juga boleh berfungsi dengan produk terdahulu menerusi aplikasi Sonos.

Dengan bateri yang disertakan pula, ia boleh boleh beroperasi sehingga 10 jam. Pengecasan boleh dilakukan secara berwayar menerusi port USB-C atau nirwayar Qi menerusi pad pengecas khas yang dijual berasingan. Kerana ia direka untuk dibawa keluar, keseluruhan speaker melepasi piawaian IP67 sehingga boleh direndam dalam air sedalam 1 meter sehingga 30 minit.

Menerusi sistem TruePlay pula, bunyi yang dikeluarkan oleh Roam akan berubah mengikut posisi ia diletakkan dan kawasan sekitarnya sama seperti yang ditemui pada Apple HomePods dan Google Home Max. Sonos Roam akan mula dijual April pada harga $169 (~RM697) dalam warna hitam dan putih. Harga jualannya di Malaysia akan diketahui selepas sidang media yang akan diadakan petang ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.