Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendapatan YouTuber Akan Dipotong Sehingga 24% Kerana Cukai Walaupun Mereka Bukan Dari Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendapatan YouTuber Akan Dipotong Sehingga 24% Kerana Cukai Walaupun Mereka Bukan Dari Amerika Syarikat


Tiada ada yang pasti dalam dunia ini kecuali kematian dan cukai. Jika cukai tidak dibayar, LHDN akan mengejar anda ke liang lahad. Tetapi hari ini YouTube mengumumkan bermula tahun ini, mereka akan mula melakukan pemotongan cukai kepada pendapatan yang dijana menerusi AdSense walaupun pemilik akaun bukan dari Amerika Syarikat.

Undang-undang Amerika Syarikat kini memerlukan YouTube mengenakan potongan cukai ke atas pendapatan yang dijana menerusi platform mereka. Oleh itu kesemua pengkarya YouTube perlu mengemaskini maklumat pendapatan mereka bagi tujuan percukaian sebelum 31 Mei 2021. Bagi mereka yang gagal mengemaskini maklumat, YouTuber perlu memotong sehingga 24% pendapatan bagi memenuhi undang-undang Amerika Syarikat.

Tetapi jangan panik. Potongan cukai ini akan dikenakan ke atas pendapatan yang dijana menerusi pengiklanan kepada penonton dari Amerika Syarikat sahaja. Jika anda tidak menjana sebarang pendapatan dari penonton dari sana, anda boleh menghela nafas lega sekarang.

Potongan pendapatan secara automatik ini akan berlaku seawal Jun 2021. Oleh itu kepada golongan pengkarya YouTube di Malaysia, sila kemaskini maklumat pendapatan anda di YouTube bagi mengelakkan cukai yang lebih tinggi dari sepatutnya dipotong.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.